Artikel

BNPL Miliki Potensi, Namun Berdepan Cabaran Pertumbuhan Di ASEAN – Moody’s

Pengenalan BNPL, Bayar Nanti Pakai Lekas di tengah krisis COVID-19 sebelum ini – ternyata membuahkan hasil apabila, ramai pengguna muda mula menjadikan ia sebagai pilihan pembayaran dalam pembelian atas talian.

Walaupun BNPL memiliki potensi pertumbuhan yang baik namun segmen ini memiliki cabaran yang tinggi. Mengikut pemantauan Moody’s, firma penarafan kredit antarabangsa melihat potensi tersebut didorong hasil lonjakan medium e-dagang yang menjadikan BNPL sebagai antara alternatif pembayaran buat pengguna.

Setakat ini jangkaan jumlah nilai transaksi pada rantau ASEAN telah meningkat kepada $28 bilion menjelang 2026 kelak. Ini bermakna pengguna aktif semakin meningkat kepada 127 juta pengguna.

Bagaimanapun aliran yang rancak itu tidak menafikan perbelanjaan yang tinggi harus ditanggung penyedia BNPL bersama pelabur dalam khidmat mereka, ini bagi memastikan penawaran khidmat seiring dengan pertumbuhan pengguna semasa. Adanya percambahan pesaing, turut akan meningkatkan lagi risiko kerugian kepada syarikat BNPL.

Selain itu, pemain segmen ini turut berdepan tekanan bersama dasar monetari dari pelbagai negara yang mengakibatkan kos pinjaman BNPL menjadi lebih tinggi.

Maka kesukaran tersebut disasar tidak akan memberi ancaman kepada perbankan di rantau ini. Ia kerana BNPL masih memiliki banyak cabaran untuk melayakkan ia menggantikan kad kredit. Situasi ini secara langsung menunjukkan kadar penggunaan BNPL di ASEAN akan kekal rendah berbanding penggunaan kad kredit serta dompet digital.