Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengumumkan pelaksanaan harga siling bagi minyak masak berbotol 5kg bagi bulan ini kelak ditetapkan paras RM34.70 – mulai 8 Ogos kelak.
Langkah pengurangan harga bagi minyak masak berbotol tersebut akan ditetapkan secara bulanan.
Seperti yang umum ketahui pada mesyuarat sebelum ini, pasukan khas telah memaklumkan akan melaksanakan penurunan harga minyak secara berperingkat susulan berlakunya penurunan harga sawit global. Maka tindakan pengurangan harga minyak masak adalah wajar mengikut kebajikan pengguna.