Artikel

Nilai Import Makanan Malaysia Dijangka Naik – Lepasi RM63 Bilion

Berlandaskan data suku pertama tahun ini, iaitu Januari sehingga Mac 2022 Malaysia mencatatkan nilai import makanan sebanyak RM17.8 bilion.

Melihat pada angka tersebut, sekiranya aliran itu konsisten – ini bakal menjadikan nilai import makanan negara berupaya melepasi catatan import tertinggi pada tahun 2021. Iaitu melebihi paras RM63 bilion.

Penjelasan itu diperincikan setelah ahli Dewan Rakyat sebulat suara mencapai kesepakatan meluluskan RUU Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan ) 2022. Menerusi kesepakatan tersebut ia akan bertindak meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.

Di mana membolehkan FAMA mengurus pemasaran produk ternakan selain pertanian. Adanya pindaan tersebut, ia akan meluaskan skop pemasaran komoditi dan ternakan di negara.