Artikel

Bekalan Ayam Malaysia Kini Stabil, Berdepan Lambakan – MAFI

Setelah beberapa ketika Malaysia mengalami pengurangan bekalan ayam, kini pasaran negara boleh menarik nafas lega apabila stok ayam semakin stabil dan memaparkan sedikit lambakan di pasaran tempatan.

Makluman Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada sidang parlimen itu secara langsung menjelaskan, maka tidak hairanlah mengapa penawaran harga jualan ayam semasa lebih rendah berbanding paras siling yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Setakat ini negara berupaya mengeluarkan 106% daripada keperluan pengguna dan peratusan itu menunjukkan Malaysia memiliki kapasiti semula untuk mengeksport ayam ke negara luar.