Artikel

Kerajaan Tiada Hasrat Untuk Cuti Haid Buat Pekerja Wanita – KPWKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada sidang hari ini memaklumkan setakat ini pentadbiran negara tidak berhasrat untuk mengenakan cuti haid buat pekerja wanita.

Jawapan tersebut menjawab kepada persoalan MP Padang Serai berhubung hasrat pentadbiran negara untuk perkenalkan cuti haid buat pekerja wanita yang berdepan kesakitan teruk kesan daripada haid tersebut.

KPWKM memaklumkan keputusan ketika ini adalah mengambilkira penawaran cuti sedia ada kepada pekerja telah memadai.

Seperti yang umum ketahui, sebelum ini KPWKM memaklumkan semakan penawaran cuti haid perlu mengambilkira pelbagai aspek. Ia tidak sekadar mengfokuskan kepada kebajikan pekerja wanita semata-mata tetapi pelaksanaan ini akan memberi impak kepada landskap serta persekitaran buruh negara.

Berdasarkan penguatkuasaan semasa, Sepanyol, Jepun dan Indonesia antara negara yang telah melaksanakan penawaran cuti haid kepada pekerja wanita mereka.