Google, penyedia teknologi digital global sebelum ini telah menguarkan bahawa pihaknya bakal memperlahankan rentak pelaburan serta pengambilan sehingga tahun 2023.
Menyedari paras produktiviti tidak selari dengan jumlah pekerja, Google kini tampil dengan pendekatan Simplicity Sprint iaitu untuk meningkatkan kecekapan pekerja dengan meningkatkan perkongsian idea kumpulan.
Pendekatan secara tinjauan itu menurut CNBC, akan membolehkan lebih 170,000 pekerja tetapnya berkongsikan idea berhubung prestasi syarikat sehingga 15 Ogos kelak.
Usaha ini dilaksanakan susulan syarikat berdepan prestasi pendapatan yang lemah berturutan bagi laporan suku tahunan setakat suku kedua 2022. Adanya pendekatan usaha baru itu, ia berupaya meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan produktiviti tenaga kerja Google dari semasa ke semasa.