Artikel

Tokoh Ekonomi Khalid Ibrahim – Meninggal Dunia Di Usia 76 Tahun

Pada tarikh 31 Julai 2022, negara dikejutkan akan pemergian seorang tokoh ekonomi Malaysia iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas komplikasi jangkitan pada injap jantungnya.

Pemergian insan yang memainkan peranan penting dalam peristiwa Dawn Raid (Serangan Subuh) di London Stock Exchange ini, secara langsung memberi kesan mendalam pada ekonomi Malaysia dan turut diratapi oleh penduduk Selangor yang pernah berada di bawah pimpinannya ketika menggalas peranan Menteri Besar Selangor selama 6 tahun bermula 2008.

Untuk makluman, beliau menerima pendidikan dalam jurusan Ekonomi dari Unversiti Malaya (UM) dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland Australia.

Siapa sangka pengetahuan dan kecekapannya dalam ekonomi berjaya membantu negara mengembalikan agihan aset 51% pegangan di dalam syarikat perindustrian Guthrie dari British kurang dalam tempoh 2 jam.

Hasil sokongan tokoh berusia 76 tahun itu, sekaligus menyelamatkan hampir 17,000 pelajar Malaysia dari pengenaan yuran yang tinggi di UK, mengembalikan imej pelaburan Malaysia di peringkat global dan membuka lebih banyak peluang perdagangan antarabangsa buat Malaysia.