Penilaian semula kini diminta oleh penyedia runcit berhubung RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 ke atas individu yang lahir selepas 2007.
Langkah larangan jualan produk tembakau seperti rokok dan vape ke atas kumpulan ini dilihat bakal menjejaskan lebih 500 cawangan myNEWS Retail di seluruh Malaysia.
Malah mengikut laporan BH, usaha larangan itu berpotensi meningkatkan lagi ekosistem perdagangan rokok haram. Di mana ketika ini menguasai 60% pasaran jualan rokok negara.
Tindakan tersebut sekadar meningkatkan penguasaan sindeket penyeludapan rokok di pasaran negara dan isu tersebut akan meningkatkan lagi kerugian Malaysia.
Selain itu, jualan yang dibenarkan hanya kepada individu yang lahir sebelum 2007 kelak akan menyukarkan proses pembelian. Penjual terpaksa meminta pengenalan diri pengguna dan tindakan itu dilihat bercanggah dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 – iaitu berkongsi maklumat diri bersama orang luar.
Seterusnya penyedia runcit terpaksa berdepan penalti tinggi sekiranya didapati bersalah dengan kadar minimum RM20,000 manakala pengguna pula berdepan penalti RM5,000.
Berdasarkan laporan, seharusnya pelbagai pertimbangan di ambil-kira sebelum meluluskan RUU sedemikian. Akan tetapi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pernah berkongsikan kesan amalan rokok telah mengakibatkan negara kerugian RM6.2 bilion dan angka kerugian itu berpotensi naik sehingga RM8.8 bilion menjelang 2030 sekiranya tidak ditamatkan.