Artikel

Mulai Hari Ini – Indonesia Tarik Semula Tindakan Bekukan Kemasukan Pekerja

Seperti apa yang dicapai Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama antara Malaysia-Indonesia pada akhir Julai lalu, bermula hari ini (1 Ogos) tindakan sekatan kemasukan pekerja Indonesia ke negara mula ditarik semula.

Langkah itu bertepatan setelah kedua negara bersetuju menyepadukan sistem pengambilan pekerja antara Jabatan Imigresen dan Kedutaan Besar Republik Indonesia. Aturan itu akan menjadi saluran tunggal buat kemasukan pekerja domestik Indonesia (PDI) ke Malaysia.

Mengikut laporan sebelum ini, pelaksanaan sistem tersebut dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan Ogos kelak.