Artikel

Isu Bekalan Elektrik Terputus : Pemberian Rebat Kepada Pengguna Tertakluk Pada Hasil Siasatan

Gangguan bekalan elektrik pada 27 Julai lalu selama 2 jam 21 minit itu, ternyata telah mengakibatkan sekitar 1 juta akaun berdepan kesan tersebut. Dan mengikut makluman baharu, penawaran rebat susulan kesan itu, hanya akan diberi tertakluk pada hasil siasatan.

Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) – penawaran rebat itu akan diteliti dan ditentukan mengikut pematuhan Standard Prestasi Perkhidmatan (GSL).

Ini bermakna sekiranya terdapat kegagalan pematuhan dari pihak TNB – maka penalti akan dikenakan dalam bentuk rebat kepada pengguna-pengguna yang terlibat.

Buat masa ini, sesi siasatan masih dilaksanakan dan dijangka akan diselesaikan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh kejadian berlaku. Ia bermakna hasil tinjauan akan didapati pada 27 Ogos kelak.