Air Selangor Sdn Bhd bermula 1 Ogos kelak akan menaikkan tarif bekalan air kepada pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal – pada kadar purata 20 sen setiap meter padu.
Langkah ini bermakna melibatkan pengenaan tarif ke atas pengguna komersial atau industri kepada RM2.62 bagi penggunaan sehingga 35 meter padu. Sekiranya lebihi paras itu, akan menerima kiraan RM2.86. Selain itu, rumah ibadah pula menggunakan kiraan kadar rata meningkat kepada 58 sen bagi setiap meter padu.
Dan kategori kapal pula diselaraskan dengan kiraan RM7 bagi setiap meter padu.
Menerusi pelarasan tarif itu pada laporan, ia secara langsung dapat membantu Air Selangor menyeimbangkan perbelanjaan modal operasi syarikat – membabitkan penampungan kos seperti penggantian paip, bil elektrik, serta pembangunan loji rawatan baru.