Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia ketika ini memaparkan sedikit penurunan, apabila dijangka tahun 2022 – seramai 32.7 juta populasi negara dicatatkan.
Pertumbuhan di paras 0.2% ini sekaligus menjelaskan kumpulan penduduk negara berusia muda iaitu 0-14 tahun telah menurun kepada 23.2% berbanding 23.6% pada 2021. Manakala penduduk berumur tua iaitu 60 tahun dan ke atas pula kini 11.1% kepada 3.6 juta penduduk, ia semakin meningkat pada setiap tahun.
Sementara mengikut kategori etnik pula pertumbuhan penduduk;
- Bumiputera – meningkat kepada 69.9%
- Cina – menurun kepada 22.8%
- India – menurun kepada 6.6%
- Lain-lain – kekal di paras 0.7%
Bagi kategori penduduk tertinggi mengikut negeri pula – Selangor tampil pertumbuhan tertinggi dengan 21.6%, diikuti Johor (12.3%) dan Sabah (10.4%). Manakala berasaskan kepadatan penduduk pula WP Kuala Lumpur mencatatkan data tertinggi dengan 8,045 individu per 1 kilometer persegi, diikuti WP Putrajaya (2,418 individu), Pulau Pinang (1,656 individu).
Menurut pemantauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penurunan kadar pertumbuhan negara secara menyeluruh ini didorong kekurangan penduduk bukan-warganegara kepada 2.4 juta individu berbanding 2.6 juta pada 2021.
Situasi ini berlaku susulan faktor sekatan perjalanan antarabangsa disebabkan pandemik serta ketidaktentuan ekonomi global.