Artikel

Isu Tuntutan Palsu PenjanaKerja – Perkeso Akan Tingkatkan Pemantauan Terhadap Majikan

Meneliti isu penyelewengan yang berlaku pada tuntutan palsu PenjanaKerja sebelum ini – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada laporan akan meningkatkan pemeriksaan mereka terhadap majikan yang terlibat.

Antara tindakan yang yang akan dilaksanakan adalah proses tapisan penyertaan majikan akan menjadi lebih ketat, manakala pekerja yang telah ditawarkan pekerjaan di dalam PenjayaKerja akan dipanggil secara rawak dan akan disemak semula kesahihan penawaran pekerjaan tersebut.

Seterusnya pemeriksaan secara mengejut akan dilakukan ke atas premis-premis majikan dan penyedia latihan di bawah program ini.

Sekiranya didapati terdapat ketidakpatuhan dalam aturan program – Perkeso akan membawa tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa. Setakat ini, sekitar 45 individu telah diselidiki berhubung isu tuntutan palsu PenjanaKerja yang melibatkan nilai cecah RM100 juta.