Berasaskan Indeks Terbuka Belanjawan Malaysia (MyOBI) – ternyata Terengganu tampil menjadi negeri yang paling telus dalam pemaparan belanjawan peringkat negeri.
Tinjauan IDEAS, Institusi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi ini meliputi pelbagai aspek iaitu penyediaan kemudahan pada perkhidmatan awam, rangsangan pembangunan ekonomi tempatan, serta kaedah kerajaan negeri dalam memperuntukan serta membelanjakan sumber awam.
Menerusi penelitian itu, ini kedudukan negeri pada indeks MyOBI tersebut;
- Terengganu – skor 85
- Selangor – skor 84
- Negeri Sembilan – skor 78
- Perak – skor 77
- Johor – skor 71
- Sabah – skor 61
- Pulau Pinang – skor 49
- Perlis – skor 48
- Melaka – skor 47
- Kelantan – skor 37
- Pahang – skor 28
- Sarawak – skor 14
- Kedah – skor 10
Pada ketelusan akses tersebut, jelas memperlihatkan Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan Sabah memiliki skor yang tinggi. Sementara Kedah pula tampil tercorot pada pengukuran ketelusan belanjawan negeri – diikuti Sarawak, Pahang dan Kelantan.