Artikel

Setelah 14 Tahun, McDonald’s Kini Naikkan Harga Burger – Di Cawangan UK

McDonald’s, jenama makanan segera dunia kini mula melaksanakan kenaikan harga pada menu burger kejunya. Langkah menaikkan harga 20% pada cawangan di Britain ini dilakukan berikutan tekanan inflasi pada ekonomi United Kingdom (UK).

Mengikut laporan Reuters, selain menaikkan harga burger kejunya kepada 1.19 pound (RM6.40) berbanding harga asal 99 pence (RM5.34). Harga menu lain turut alami kenaikan kos sehingga 20 pence (RM1.08) ke atas pengguna.

Situasi itu berlaku susulan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) UK pada ketika ini telah mencecah paras 16.5%. Angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding inflasi pengeluar tempatan Malaysia di paras 10.9%.