Artikel

MOF Pertimbang Guna Dompet Digital – Pada Pelaksanaan Subsidi Petrol Bersasar

Malaysia ketika ini dalam usaha menguji pelaksanaan subsidi petrol bersasar di stesen minyak negara – dijangka penguatkuasaan tersebut akan melibatkan penggunaan dompet digital bersama pengguna M40 dan B40.

Makluman Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) MOF pada laporan BFM itu menjelaskan, kementerian kini sedang berusaha mendapatkan sebuah sistem yang memudahkan akses pemberian subsidi bersasar itu dapat dipantau. Dan dompet digital menjadi antara pilihan kaedah dalam pelaksanaan tersebut.

Namun pihaknya sedari langkah itu bakal memberi cabaran serta kesukaran buat pengguna pendapatan rendah serta di luar bandar. Maka MOF buat masa ini masih lagi meneruskan semakan ke atas pelbagai pendekatan untuk mendapatkan kaedah yang lebih mudah buat pengguna.