Artikel

Jack Ma Dilapor Bakal Lepaskan Kawalan Ant Group

Jack Ma, individu berpengaruh antarabangsa kini merancang untuk melepaskan kawalannya ke atas syarikat kewangan digital Ant Group – langkah itu sebahagian daripada agenda peralihan pengasingan Alibaba Group Holding.

Seperti yang umum ketahui firma Ant ketika ini mengalami aturan penstrukturan semula ekoran krisisnya bersama pentadbiran China sejak 2020.

Bagaimanapun rancangan syarikat yang tersenarai pada papan AS ini menurut Reuters tidak menerima sebarang maklum-balas daripada pihak operasi. Maka jika benar tindakan melepaskan kawalan tersebut berlaku, situasi ini bakal memberi kesan kepada matlamat penyenaraian IPO Ant kelak.

Buat pengetahuan umum, Jack Ma kini memiliki kawalan 50.52% pada operasi Ant Group.

Dan berhubung pasaran negara pula, Ant Group juga merupakan pemegang saham pada TNG Digital di Malaysia, yang mengoperasikan dompet digital Touch ‘n Go eWallet.