Artikel

RUU Larangan Lompat Parti Lulus – Terima Sokongan 209 Ahli Parlimen

Setelah berbahas selama 2 hari – Malaysia ketika ini melakar sejarah tersendiri, apabila majoriti wakil rakyat pada sidang parlimen hari ini (28 Julai) menzahirkan sokongan pada RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 berkaitan Larangan Lompat Parti dalam politik negara.

Sokongan itu memperlihatkan lebih dua pertiga persetujuan telah dicapai dalam kalangan wakil rakyat Malaysia. Merangkumi seramai 209 Ahli Parlimen menyokong, dan tiada bantahan dicatatkan hanya 11 ahli tidak hadir.

Menerusi sokongan penuh ini, ia secara langsung bakal memperlihatkan, sekiranya mana-mana wakil rakyat melaksanakan pertukaran parti tanpa sebab yang kukuh, meskipun dalam pakatan yang sama atau berbeza – kelak pihak tersebut bakal kehilangan kerusi Parlimen mereka.