Artikel

Industri Media Dan Teknologi Mengalami Tekanan Kerana Belanja Pengiklanan Yang Perlahan Dan Menurun

Kebanyakkan syarikat teknologi bergantung kepada pengiklanan dalam menjana pendapatan. Ini termasuk syarikat media memfokuskan penerbitan, selain syarikat teknologi seperti Google dan Facebook, dimana dengan angka pengguna tinggi, mereka bergantung kepada pengiklanan dalam menjana pendapatan syarikat mereka.

Namun, kini penyata kewangan sejumlah syarikat teknologi yang bergantung kepada pengiklanan memperlihatkan penurunan pendapatan mereka pada suku tahunan 2022 lepas. Ini termasuk Facebook, Google, Snap, Twitterr, Pinterest dan sebagainya.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan sektor pengiklanan mengalami penurunan atau belanja yang perlahan pada suku tahunan lepas – memberikan impak kepada syarikat media dan juga teknologi.

Perkara ini turut dikaitkan dengan beberapa faktor makroekonomi – termasuk melibatkan rantaian bekalan dan juga inflasi. Untuk pengguna, inflasi membawa kepada perubahan kaedah perbelanjaan, dan ada yang mengurangkan perbelanjaan. Sementara untuk pengeluar pula, masalah rantaian-bekalaan kesan disebabkan Covid, mahupun perang melibatkan Rusia menjejaskan pengeluaran – sekaligus membuatkan mereka kurang berbelanja pada pengiklanan kerana takut permintaan tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.

Hal ini mengurangkan perbelanjaan pengiklanan berbanding sebelum ini. Ini juga sekaligus membawa kepada sejumlah syarikat berasaskan media dan teknologi mengurangkan pengambilan pekerja baharu, dan ada yang telah mula membuang pekerja sedia ada.

Mengikut beberapa penganalisa juga, ia disasarkan perbelanjaan iklan akan terus perlahan untuk tahun akan datang.