Artikel

Indonesia Tarik Semula – Tindakan Bekukan Kemasukan Pekerja Bermula 1 Ogos

Setelah Malaysia dan Indonesia mencapai persetujuan menerusi Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama antara kedua negara – kini Indonesia akan menarik semula tindakan pembekuan pekerja ke atas Malaysia mulai 1 Ogos kelak.

Usaha menyepadukan sistem pengambilan pekerja di bawah Jabatan Imigresen dan Kedutaan Besar Republik Indonesia itu kelak akan menjadi saluran tunggal bagi kemasukan pekerja domestik Indonesia (PDI) ke Malaysia.

Berlandaskan laporan persetujuan, sistem tersebut bakal beroperasi dalam tempoh 3 minggu lagi.

Selain memastikan kesepakatan dalam perkongsian tenaga kerja, kedua negara juga turut membincangkan isu pemerdagangan manusia serta buruh paksa yang berbangkit. Penyertaan libat urus itu dilihat akan memperkukuhkan prinsip kedua negara untuk menangani dan melindungi hak pekerja.