Artikel

Inflasi Di Peringkat Pengeluar Malaysia Meningkat 10.9%

Indeks Harg Pengeluar (IHPR) iaitu harga barangan yang diukur pintu kilang ketika ini memperlihatkan peningkatan 10.9% bagi data Jun 2022.

Kenaikan itu bagaimanapun sedikit rendah berbanding data Mei lalu – apabila memaparkan peningkatan 11.2%.

Menurut DOSM – Jabatan Perangkaan Malaysia, semua sektor memperlihatkan lonjakan dua angka kecuali sektor utiliti. Di mana sektor pembuatan menjadi wajaran terbesar pada IHPR dengan 81.6% sumbangan pada data kali ini.

Selain itu, bahagian pembuatan produk makanan tempatan juga turut memaparkan kenaikkan perlahan kepada 18.6% berbanding 19.3% yang dicatatkan pada data sebelum ini. Seterusnya  sektor pertanian, perhutanan dan perikanan terus memaparkan pengekalan pada kenaikan kepada 18.1% meskipun harga minyak sawit telah mengalami penurunan kepada RM6,106.

Manakala bagi perbandingan prestasi kos pengeluar di beberapa negara terpilih ternyata Jerman(32.7%), United Kingdom(16.5%) dan Amerika Syarikat (11.3%) dilihat memiliki paras inflasi lebih tinggi berbanding negara.