Artikel

Alibaba Dilaporkan Ingin Melabur RM445 Juta Pada Syarikat Telekomunikasi Indonesia

Gergasi teknologi dari China, Alibaba kini dikatakan berminat untuk melabur pada syarikat telekomunikasi Indonesia, Smartfren Telecom. Alibaba dijangka melabur sehingga $100 juta (~RM455 juta) pada syarikat telekomunikasi tersebut.

Dengan langkah ini, Alibaba akan terus mengukuhkan kedudukan mereka di rantau Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia. Buat masa ini, salah satu pelaburan popular Alibaba di rantau ini adalah Lazada.

Pelaburan ini kelak akan membantu Smartfren dalam mengkukuhkan kedudukan mereka di Indonesia, dan bersaing dengan pemain industri lain. Sementara Alibaba pula akan mendapat pegangan pada syarikat telekomunikasi di negara terbesar di rantau Asia Tenggara.

Buat masa ini, kedua-dua pihak belum mengesahkan atau mengeluarkan komen berkenaan laporan terbaru ini.