Artikel

Pihak Yang Ingkar RUU Larangan Jual Rokok, Vape Ke Atas Individu Lahir 2007 – Bakal Didenda Sehingga RM50,000

Jika sebelum ini umum ketahui pelaksanaan larangan jualan rokok diusulkan buat kumpulan yang lahir selepas 2005, kini cadangan tersebut diterapkan ke atas kumpulan yang lahir selepas tahun 2007. 

Maka melalui RUU Kawalan Tembakau dan Merokok ini, ia akan bertindak melarang peniaga menjual produk tembakau, rokok dan vape ke atas kumpulan yang lahir bermula 1 Januari 2007 dan ke atas.

Ini jumlah kompaun atau denda yang terpaksa di tanggung pihak berkaitan sekiranya gagal mematuhi RUU Kawalan Tembakau: Larangan Jual Produk Rokok, Vape;

  • Individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan ke atas – didapati membeli produk tembakau akan berdepan denda tidak lebihi RM5,000
  • Individu yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan tidak mencapai usia 18 tahun didapati membeli produk tembakau – berdepan denda tidak lebihi RM1,000
  • Peniaga yang menjual produk tembakau kepada individu yang belum mencapai usia 18 tahun dan lahir sebelum 2007 – berdepan denda tidak lebihi RM10,000
  • Peniaga yang menjual yang lahir pada 2007 dan ke atas – berdepan denda tidak lebihi RM20,000 atau 1 tahun penjara 
  • Peniaga yang berbuat kesalahan jualan kali kedua – berdepan denda tidak lebihi RM30,000 atau 2 tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan yang melakukan kesalahan itu untuk kali pertama – berdepan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau 2 tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan yang melakukan kesalahan itu untuk kali kedua – berdepan denda RM50,000 dan tidak melebihi RM300,000 atau 2 tahun penjara

Menerusi penguatkuasaan ini, KKM melihat ia tidak sekadar melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia bahkan langkah tersebut bakal memberi penjimatan pada kesan ekonomi negara. Seterusnya menjadikan negara sebagai yang terawal melaksanakan RUU tersebut di dunia.