Artikel

Malaysia, Singapura Bakal Keluarkan Kapal OSV Elektrik Pertama – Melibatkan Kos $25 Juta

Menjelang 3 tahun lagi, Malaysia dijangka bakal memiliki kapal teknologi hijau pertama menerusi usahasama Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM) dan dua syarikat utama industri pembinaan kapal dan pembaikan kapal (SBSR) tempatan bersama firma inovatif Singapura.

Ia melibatkan kesepakatan bersama Evolution Concepts Pte Ltd, Grade One Marine Shipyard Sdn Bhd, Shin Yang Shipyard Sdn Bhd dan Muhibbah Marine Engineering Sdn Bhd.

Berasaskan laporan, perkongsian strategik membentuk kapal bekalan luar pesisir hijau (OSV) elektrik pertama negara ini akan memperuntukan kos sejumlah AS$25 juta dan pembinaan kapal tersebut bakal dimulakan pada tahun 2023.

Seterusnya dijangka mengambil tempoh sehingga 24 bulan untuk diselesaikan. Ini susulan meneliti aspek fasa merangka sehingga proses pembinaan dilaksanakan.

Malah mengikut penjelasan kapal tersebut akan memiliki Sistem Bateri Biru G yang berperanan mengoptimumkan kuasa kapal mengikut keperluan operasi. Ini sekaligus dapat mengurangkan jejak karbon dan memberi penjimatan berganda ke atas kos operasi.

Adanya usaha sedemikian, rancangan tersebut disasar meningkatkan peluang pelaburan, pasaran buruh serta kualiti maritim negara untuk membekalkan produk tersebut ke pasaran serantau.