Buat kumpulan siswazah Ijazah Sarjana Muda kelas pertama mulai tahun 2019 – kini diberi semula manfaat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.
Pengumuman itu dikongsikan pada sambutan jubli perak PTPTN di Kuala Lumpur pada hari ini (27 Julai). Langkah pengembalian ganjaran tersebut adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada prestasi pelajar dalam pelajaran.
Pada masa yang sama, PTPTN turut memaklumkan terdapat lebih 2 juta peminjam telah melunaskan bayaran balik pinjaman PTPTN dengan jumlah kutipan sekitar RM17.8 bilion – setakat Jun 2022.
Ketika ini, seramai 3.67 juta pelajar telah menerima bantuan pinjaman dengan jumlah keseluruhan mencecah RM66.7 bilion oleh PTPTN.