Berikutan isu bekalan elektrik terputus di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri pada hari ini (27 Julai) – situasi tersebut turut menjejaskan perkhidmatan laluan tren di 11 stesen LRT Ampang/Sri Petaling melibatkan laluan dari Stesen LRT Bandar Tun Razak hingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong pada jam 12.48 tengah hari tadi.
Perkara itu secara langsung telah memberi kesan kepada perjalanan para penumpang di stesen yang terlibat. Maka RapidRail memaklumkan penumpang yang terlibat akan menerima kupon perjalanan sehala secara percuma – atas kesulitan yang berlaku.
Penebusan kupon perjalanan percuma itu boleh didapati pada kaunter khidmata pelanggan di setiap stesen. Ekoran masalah itu, RapidRail mengingatkan orang awam bahawa meskipun laluan perjalanan kembali normal namun jangkaan pergerakan tren akan menjadi lebih perlahan dan berhenti lama di platform stesen.