Artikel

Malaysia Belanja RM6.2 Bilion, Kos Kesan Amalan Merokok – Khairy Jamaluddin

Tabiat merokok ternyata tidak sekadar memberi kesan kepada kesihatan, tetapi turut memberi impak kepada ekonomi negara. Apabila Malaysia terpaksa membelanjakan RM6.2 bilion pada tahun 2020 – untuk merawat 3 penyakit berkaitan amalan merokok.

Perkongsian data Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada ciapan Twitter-nya hari ini (27 Julai) menjelaskan, tanggungan kos itu melibatkan penyakit kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru obstruktif kronik (COPD).

Tegas KJ, kesan kos ini memberi tekanan yang tinggi pada perbelanjaan negara dan dijangka kos itu berupaya meningkat sehingga RM8.8 bilion menjelang 2030 – sekiranyanya gagal dibendung.

Malah KJ turut akui, kos rawatan yang ditanggung kerajaan pada ketika ini adalah lebih tinggi daripada kutipan cukai produk tembakau yang dikutip oleh negara – iaitu hanya sekitar RM3 bilion sahaja.

Pada masa yang sama, KJ turut menekan amaran yang sama kepada penghisap vape. Di mana kumpulan ini terdedah kepada penyakit EVALI – Electronic Cigaretter atau Vaping Associated Lung Injury dan kos untuk merawat penyakit tersebut adalah lebih RM150,000 bagi setiap orang pesakit.

Maka adanya RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok ini, KJ menjamin kawalan selia terhadap industri tersebut dapat dikuat kuasakan. Tindakan ini bukan sahaja membantu melandaikan kerugiaan negara tetapi bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.