Artikel

Sebanyak RM86.7 Bilion, Jumlah Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Bagi Suku Pertama – MOF

Jelas Kementerian Kewangan (MOF), data setakat suku pertama 2022 – sebanyak RM86.7 bilion jumlah perbelanjaan kerajaan Persekutuan dicatatkan negara.

Sebahagian besar perbelanjaan tersebut diperincikan pada sidang Parlimen adalah meliputi tampungan bayaran emolumen (bayaran tugas, gaji) sebanyak RM22 bilion, bayaran khidmat hutang (RM9.1 bilion) dan bayaran persaraan pula RM8.4 bilion.

Manakala RM11.5 bilion pula telah dibelanjakan negara bagi tindakan subsidi, bantuan dan insentif merangkumi subsidi petrol, diesel, gas cecair memasak (LPG) dan bayaran tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa pertama.