Artikel

PM Ismail Yakin RUU Larangan Lompat Parti, Kukuhkan Kestabilan Politik Malaysia

Perdana Menteri Ismail Sabri pada hari ini (27 Julai) telah membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan larangan wakil rakyat lompat parti di Dewan Rakyat.

Berdasarkan perbahasan itu, kerajaan menegaskan pendirian – mengambil serius akan tindakan wakil rakyat menukar parti dengan tanpa sebarang alasan kukuh. PM Ismail menzahirkan keyakinan beliau pada RUU ini, tidak hanya menghentikan tindakan wakil rakyat tetapi turut menyeimbangkan semula dinamik politik negara.

Mengikut penjelasan, terdapat 4 fasal baharu telah disertakan pada pindaan RUU Perlembangaan tersebut dan kesepakatan itu telah dicapai setelah 12 sesi libat urus dilaksanakan bersama pihak kepentingan sejak 23 November 2021 hingga 10 April 2022 lalu.

Berita ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.