Artikel

Harga Daging Kambing Dijangka Naik

Ekoran kekurangan pemain penternak dalam sektor negara, dijangkakan tidak lama lagi pengguna bakal berdepan kenaikan harga daging kambing tempatan di pasaran

Peningkatan kos lebih tinggi ini disasarkan akan berlaku pada permintaan Deepavali, Oktober kelak.

Menurut laporan TheStar bersama kumpulan peniaga, situasi ini dapat diperlihat pada jumlah bekalan kambing tempatan yang semakin menyusut. Ia sekaligus membawa cerminan saiz kumpulan penternak negara semakin menurun.

Bagaimanapun kenaikan tersebut dijangka akan berlaku pada akhir tahun ini dan buat masa ini pihak peniaga masih mengekalkan pada harga pasaran supaya tidak membebankan para pengguna.

Setakat ini harga jualan daging kambing tempatan sekilogram sekitar RM65, sementara bekalan import pula sekitar RM55 sekilogram.

Selain daging kambing tempatan, beberapa produk makanan lain juga dijangka alami kenaikan harga.