Artikel

Lebih 30,900 Pelajar IPTA Didapati Tidak Tamatkan Pengajian Mereka – KPT

Ternyata dalam tempoh 2 tahun, terdapat 30,904 pelajar insitut pengajian tinggi Universiti Awam (UA) direkodkan tidak menamatkan pendidikan mereka.

Data Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu memperincikan pada tahun 2020 seramai 17,613 (2.99%) pelajar tidak menamatkan pengajian mereka, sementara tahun 2021 pula seramai 13,291 (2.27%) pelajar berdepan situasi yang sama.

Antara penyebab utama yang mendorong kepada isu sedemikian, KPT telah menggariskan beberapa faktor;

  • Masalah Kesihatan
  • Masalah Peribadi
  • Gagal Peperiksaan
  • Gagal Berdaftar

Meskipun tidak memperincikan peratusan sebenar pada faktor yang terlibat, KPT menegaskan pada sidang parlimen – pihaknya sentiasa memantau rapat bersama IPTA akan tekanan masalah yang didepani pelajar. Khususnya melibatkan isu kewangan dalam kalangan pelajar B40 sering ditambah-baik bagi memastikkan kumpulan pelajar ini tidak tercicir.

Selain itu, penyediaan program akademik bersama penasihat pensyarah turut diterapkan. Langkah tersebut bagi mengetahui permasalahan pelajar dan prestasi mereka dari semasa ke semasa di seluruh IPTA.

Manakala bagi data 2022 pula, pihak KPT memaklumkan perincian data tersebut hanya dapat dikongsikan secara rasmi pada awal tahun 2023 kelak.