Artikel

Richiamo Coffee Ingin Buka 100 Cawangan Menjelang 2026

Dalam tempoh 3 tahun mendatang, jenama Richiamo Coffee disasarkan buka 100 cawangan di seluruh negara.

Matlamat Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor (Kosas) yang bertindak selaku Master Lisencee bagi segmen koperasi jenama itu – menjangkakan perluasan cawangan ini berupaya memberi peluang baharu kepada kumpulan koperasi melaksanakan peniagaan premis kopi.

Peluang tersebut tidak hanya merancakkan arena kopi negara tetapi turut meningkatkan sumber pendapatan kumpulan koperasi. Malah menerusi sokongan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ahli koperasi berupaya menerima geran RM200,000 dan pinjaman RM100,000 bagi pelaksanaan operasi.

Sokongan ini pada laporan memberi kelebihan kepada ahli bagi pelaksanaan kedai kopi tersebut. Ketika ini terdapat 14,000 koperasi di seluruh negara beroperasi dan ia merangkumi penglibatan koperasi seperti di sekolah, pertubuhan, keluarga, kakitangan awam dan swasta.