Artikel

Wahed Bercadang Ingin Menawarkan Kemudahan Biayasama Ekuiti Melalui Aplikasi Mereka

Wahed Invest pada hari ini sedia terkenal sebagai salah satu aplikasi pelaburan yang hadir dengan ciri pengoptimasian automatik dalam memastikan pelaburan kita menjana keuntungan semaksima boleh.

Selain daripada itu, kini Wahed sedang melihat kepada penawaran lebih daripada itu.

Melalui emel bancian terbaru yang dihantar Wahed, mereka menyatakan Wahed sedang melihat kepada peluang penawaran biayasama ekuiti (Equity Crowdfunding / ECF). Dengan langkah ini, syarikat boleh mengumpulkan dana melalui Wahed, sementara pelabur Wahed pula boleh memilih untuk pelaburan dan mendapatkan pegangan saham atau ekuiti pada syarikat berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Wahed akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya. Di Malaysia, terdapat beberapa platform popular untuk biayasama ekuiti, termasuk antaranya Pitchin, MyStartr dan juga Ethis.