Artikel

Harga Ubat Berkemungkinan Naik

Berikutan  berlakunya lonjakan kos bekalan serta bahan mentah ketika ini, harga ubat di Malaysia mungkin naik. Susulan proses penghasilan ubat-ubata terjejas dek tekanan kos semasa.

Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan negara – buat masa ini pihaknya dalam proses penyediaan memorandum berhubung pendekatan Ketelusan Harga Ubat, untuk di bawa kemuka kelulusan kabinet.

Melalui pendekatan itu ia berperanan mengarahkan syarikat farmaseutikal berkaitan, membentangkan kadar harga yang dijual kepada pentadbiran negara. Tanpa dasar ini, negara tidak akan mengetahui kos sebenar pengeluaran ubat-ubatan tersebut.

Adanya usaha ini, ia menjadi sebahagian startegi kerajaan mengelakkan berlakunya kenaikan tinggi pada jualan ubat di pasaran Malaysia.

Buat masa sekarang, terdapat peningkatan permintaan pada jualan ubat melibatkan paracetamol, telah naik 238% pada suku pertama lalu. Tidak hanya permintaan luaran, namun permintaan di premis kesihatan hospital serta klinik di negara juga turut melonjak.