Artikel

Terdapat 462,994 Kekosongan Pekerjaan Di Malaysia – Setakat Jun 2022

Mengikut statistik pasaran buruh negara, masih terdapat 462,994 kekosongan pekerjaan tidak diisi oleh rakyat negara.

Data Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Jun 2022 itu mendapati jumlah kekosongan tersebut telah direkodkan. Jumlah itu merangkumi semua sektor dan industri ekonomi Malaysia.

Namun pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak memperincikan senarai penuh kekosongan tersebut mengikut segmen ekonomi domestik.

Bagaimanapun kerajaan pada sidang parlimen terus menegaskan meskipun terdapat keperluan pekerja luar dalam ekonomi negara, akan tetapi keutamaan dalam menggaji pekerja tempatan masih lagi dilaksanakan.