Berbekalkan aliran permintaan domestik yang kukuh bersama peningkatan perbelanjaan pengguna – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan struktur ekonomi negara akan berkembang stabil untuk tahun 2022 dan 2023.
Kenyataan pada sidang Antarabangsa Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan hari ini (26 Julai) memberi gambaran bahawa pemulihan ekonomi domestik ke arah peningkatan. Negara berupaya memiliki manfaat disebalik permintaan pada eksport produk seperti elektrik dan elektronik bersama segmen komoditi lain.
Malah pasaran buruh juga semakin membrangsangkan, di mana untuk 3 bulan pertama Malaysia berjaya menyediakan 26,000 pekerjaan baharu. Piawaian ini menyamai data sebelum pandemik berlaku.
Meskipun akui negara tidak terlepas daripada tekanan inflasi dan terkesan akibat krisis perdagangan, namun perkembangan inflasi sewajarnya dilihat pada sudut positif. Ia secara langsung memberi cerminan bahawa permintaan dan pertumbuhan ekonomi negara semakin kukuh dari semasa ke semasa.