CIMB dan Fave kini mengatur langkah meluaskan kemudahan akses BNPL (Bayar Nanti, Pakai Lekas) kepada para pengguna kad debit CIMB menerusi FavePay Later.
Aturan itu membolehkan 8.4 juta pengguna CIMB memiliki kelebihan dalam kaedah pembayaran alternatif – menjadi lebih fleksibel dan mudah untuk semua pihak. Malah usaha ini turut membenarkan pelanggan yang tidak memiliki kemudahan kredit tradisional menerima kelebihan yang sama.
Menerusi kerjasama ini, para pengguna kad debit CIMB kelak menerima kemudahan 3 ansuran bayaran tanpa faedah. Selain itu, perolehan mata ganjaran serta pulangan tunai bagi setiap transaksi dengan pembelian terpilih turut disediakan.
Oleh itu, dengan memuat turun aplikasi Fave, selanjutnya memautkan kad debit pengguna pada aturan pembayaran – pengguna dapat menikmati kemudahan FavePay Later sehingga RM4,000 kredit ini secara terus tanpa sebarang keraguan. Bagi perincian seterusnya, para pengguna boleh layari pada pautan CIMB dan FavePayLater ini.