Artikel

CDC AS: Malaysia Masih Di Tahap 3, Antara Destinasi Risiko Tinggi COVID-19

Walaupun Malaysia memaparkan paras penularan COVID-19 yang semakin menurun, namun negara masih kekal di Tahap 3 – iaitu antara negara yang memiliki risiko tinggi untuk melakukan orang awam melaksanakan perjalanan.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) ini dapat diperlihat, berdasarkan penambahan 6 destinasi di dalam kategori tersebut pada minggu lalu.

Buat pengetahuan umum terdapat lebih 100 negara turut sama tersenarai – antara negara Asia yang terlibat merangkumi Singapura dan Thailand. Sementara penambahan 6 negara baharu itu adalah negara Poland, Bangladesh, Bosnia, Fiji, El Salvador dan Handuras.

Pengelasan bagi Malaysia bagaimanapun adalah semakan tahap risiko sejak 18 April 2022, penilaian ini bertujuan memberi gambaran kepada para pengembara berhubung perjalanan semasa musim wabak. Setakat 25 Julai, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan kes harian COVID-19 negara ialah sebanyak 3,300.