Artikel

KPMG Dan HSBC Berkongsi 10 Startup Malaysia Yang Berpotensi Tinggi

KPMG dan HSBC kini bekerjasama dan telah pun menerbitkan sebuah laporan bertajuk “Emerging Giants in Asia Pacific”. Melaluinya, ia melihat kepada pelbagai jenis pembangunan dan perniagaan baharu yang sedang meningkat naik, disamping melihat kepada sejumlah syarikat berpotensi tinggi mengikut negara di rantau Asia Pasifik.

Di Malaysia, ia dilihat sebagai sebuah negara berpotensi tinggi, dengan purata umur rakyat sekitar 20.2 tahun, dan mempunyai masyarakat yang berpendidikan – sekaligus menjadi tumpuan dalam mendapatkan bakat muda.

Sekitar 10 syarikat turut dilihat berpotensi tinggi di Malaysia pada laporan tersebut, dengan diterajui oleh Boost – iaitu dompet digital yang agak popular di Malaysia. Disamping itu, antara syarikat yang turut menjadi tumpuan adalah Exabytes, Jirnexu, Lapasar dan juga PolicyStreet.

Secara keseluruhan, mengikut bancian, ia dianggar terdapat lebih 4800 syarikat teknologi di Malaysia.