Artikel

Harga Barangan Di Malaysia, Tampil Kedua Terendah Dalam Kalangan Negara ASEAN

Melihat pada catatan kenaikan harga barangan dalam kalangan negara Asean, ternyata Malaysia tampil selaku kedua terendah pada paras harga produk barangan – khususnya makanan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada pengamatan laporan Bank Dunia melibatkan program bakul makanan – diet sihat itu, telah meletakkan negara memiliki kadar harga kedua terendah bagi jualan produk. Ini termasuklah tanggungan tarif elektrik, air, minyak masak dan beberapa barangan lain.

Pihaknya memaklumkan menerusi data itu seharusnya rakyat negara lega akan tekanan kos yang lebih rendah, jika dibanding dengan negara jiran yang lain – berdepan paras harga barangan yang lebih mahal.

Tidak hanya laporan berhubung kos barangan ini, Perdana Menteri Ismail Sabri pada pembuka sidang parlimen sebelum ini turut memaklumkan – Malaysia antara negara yang memperlihatkan paras inflasi terendah. Dan sekiranya tiada sokongan subsidi – situasi itu berupaya dorong kenaikan inflasi negara ke paras 11%.