Artikel

Seramai 118 Majikan – Tidak Patuhi Penetapan Gaji Minimum RM1,500

Mengikut aduan berdasarkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia – terdapat 118 majikan yang gagal mematuhi aturan Perintah Gaji Minimum 2022 setakat 30 Jun lalu.

Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) tindakan menasihati telah dilaksanakan dan jika majikan berkaitan masih ingkar akan arahan tersebut, pihaknya bakal berdepan tindakan perundangan kelak.

Perincian pada sidang parlimen itu bagaimanapun tidak merangkumi keseluruhan statistik majikan yang tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022 tersebut. Ini kerana penguatkuasaan gaji minimum itu baru sahaja dikuat kuasakan pada 1 Mei lalu dan pengumpulan data hanya dapat diperolehi setelah dikenal-pasti pada pemeriksaan berkanun kelak.

Pemeriksaan berkanun merupakan salah satu aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang buruh dan menjamin kebajikan pekerja dilindungi.

Setakat ini, KSM memantau berlandaskan statistik aduan terhadap majikan.