Artikel

CIMB Bekerjasama Dengan CARSOME Dalam Percepat Pengenalan Aplikasi CIMB Auto Dealer

CIMB hari ini memperkenalkan aplikasi CIMB Auto Dealer, iaitu sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pinjaman automotif dilakukan dengan pantas. Ia ditujukan kepada para pengedar kenderaan dalam menghantar permohonan pinjaman dengan pantas, serta memproses pinjaman kenderaan dengan selamat.

Dengan aplikasi ini, ia memudahkan permohonan pinjaman dilakukan dimana-mana sahaja oleh pengedar kenderaan, dan pada bila-bila masa.

Pengedar kenderaan juga akan menerima status dan mengikuti proses permohonan dengan mudah melalui aplikasi tersebut.

Dan dalam mempercepatkan lagi penggunaan aplikasi ini dengan meluas, CIMB bekerjasama dengan Carsome untuk menggunakannya pada perkhidmatan mereka.