Touch ’n Go Group hari ini mengumumkan TNG Digital yang menguruskan aplikasi dompet digital Touch n Go eWallet telah pun meraih dana pelaburan sebanyak RM750 juta.
Menariknya, pelaburan kali ini diterajui oleh Lazada Group – salah satu penyedia yang terkenal dengan penawaran edagang di Malaysia.
Untuk makluman, sebelum ini, Touch n Go Digital sedia menerima pelaburan daripada Ant Group – iaitu salah satu anak syarikat kumpulan Alibaba. Lazada Group yang membuat pelaburan pada hari ini juga merupakan sebahagian daripada syarikat dibaawah Alibaba Group juga.
Dengan suntikan dana pelaburan baharu ini, Touch ’n Go eWallet dijangka akan terus memperluaskan penawaran, dan mungkin akan menambah ciri-ciri baharu pada platform mereka.