Artikel

Seluruh Fasiliti KKM Terima Pembayaran Nirtunai – Mulai 1 Oktober Kelak

Selari dengan kerancakkan ekonomi digital serta menangani ketirisan hasil negara – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai 1 Oktober kelak hanya akan menerima mod pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) di semua fasiliti. 

Tindakan itu pada laporan sekaligus menggesa semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memastikan sekurang-kurangnya 95% transaksi nirtunai di setiap fasiliti dapat dicapai. Dan menjamin penerapan nirtunai melalui Terminal Point of Sale (TPOS) dan DuitNow dapat dilaksanakan. 

Mengikut pekeliling Ketua Setiausaha KKM, pembayaran secara wang tunai hanya akan diterima sekiranya individu tidak memiliki sebarang pilihan nirtunai atau tidak mempunyai akaun bank. 

Langkah itu secara langsung, membawa erti semua orang awam perlu bersedia akan penerapan pembayaran nirtunai di fasiliti KKM – merangkumi penggunaan kad debit, kad kredit dan dompet digital. 

Adanya langkah ini, ia tidak sekadar meningkatkan kecekapan kutipan hasil tetapi turut memudahkan proses di Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan mengurangkan interaksi secara fizikal ketika pembayaran dijalankan bersama orang awam.