Dalam tempoh 70 hari sahaja lagi, para pengguna yang masih memiliki wang kertas £20 dan £50 – disarankan untuk segera menggunakannya atau mendepositkan wang tunai tersebut di dalam bank atau pejabat pos berdekatan anda.
Ini kerana selepas 30 September kelak – Bank of England (BoE) akan menarik status sah wang kertas Pound Sterling. Tindakan itu bertujuan untuk memperkasakan pertukaran wang kertas kepada wang kertas polimer. Usaha ini tidak hanya menjadikan wang kertas polimer sebagai wang sah namun turut memastikan gejala pemalsuan wang dapat diatasi.
Buat pengetahuan umum, walaupun England telah mengeluarkan wang kertas polimer sejak setahun yang lalu – tetapi masih terdapat lebih $7 bilion wang kertas bernilai £20 di pasaran, sementara terdapat lebih $9.5 bilion pula wang kertas bernilai £50 di pasaran.
Maka semua pengguna yang berkaitan diminta peka akan makluman penamatan penggunaan wang kertas tersebut demi kepentingan nilai tunai anda.