Artikel

FashionValet.com Ditamatkan – Akan Memfokuskan Kepada Jenama dUCk Dan Lilit

FashionValet (FV) tidak lagi menjadi medium aplikasi sehenti bagi produk dUCk dan Lilit – kedua jenama ini kini tampil berasingan dengan aplikasi tersendiri.

Makluman itu telah dikongsikan kepada para pelanggan FV, di mana pihaknya memaklumkan penamatan operasi aplikasi FV ini bertujuan untuk beralih ke strategi baharu, di samping memberi pengalaman berganda kepada semua pelanggan aktif mereka ketika membeli-belah secara atas talian.

Buat pengetahuan sebelum ini, FV telah menjadi medium kepada penjualan jenama barangan fesyen, melibatkan penyertaan pelbagai jenama tempatan. Menerusi perubahan itu, ia bermakna tiada lagi penawaran tersebut kepada para pengguna.

Pada kenyataan yang sama, jenama dUCK ketika ini turut mengalami perubahan dan dikenali sebagai dUCK Group.