Artikel

PETRONAS Dijangka Sumbang Sehingga RM59 Bilion – Kepada Kerajaan

Petronas kelak dijangka akan menyumbang sekitar RM55 bilion hingga RM59 bilion kepada kerajaan persekutuan bagi tahun 2022.

Jangkaan itu merangkumi sumbangan dalam bentuk dividen, cukai korporat dan petroleum, cukai Makmur, bayaran tunai petroleum dan duti eksport.

Di mana daripada anggaran tersebut juga dijangka cukai pendapatan petroleum (PTA) pada tahun ini akan mencecah sekitar RM14 bilion ke RM16 bilion.

Untuk makluman perincian ini telah diperjelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Sri Mustapa secara bertulis pada sidang parlimen bagi persoalan berhubung hasil, keuntungan Petronas bersama kerajaan persekutuan.