Artikel

Indeks Kebahagiaan DOSM – Menunjukkan Rakyat Malaysia Di Tahap Bahagia

Mengikut prestasi Indeks Kebahagian Rakyat Malaysia bagi tahun 2021 – ternyata masyarakat negara mencatatkan di tahap Bahagia dengan skor 6.48 mata.

Dapatan menerusi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu telah diukur berasaskan aspek fizikal, sosial, emosi dan spritiual.

Malah dapatan turut mendedahkan hampir keseluruhan negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan skor melebihi paras Bahagia ke Sangat Bahagia. Ini pecahan skor tersebut;

Dan ternyata WP Labuan (9.29) dan WP Kuala Lumpur (7.77) menjadi kawasan yang memaparkan indeks kebahagiaan penduduk paling tinggi. Sementara negeri Melaka (5.85) dan Selangor (5.74) pula tampil selaku penduduk yang memiliki tahap Sederhana Bahagia.

Bagi perincian lanjut berhubung komponen dalam skor Indeks Kebahagiaan ini ternyata 3 komponen memaparkan skor tertinggi – meliputi bahagia bersama keluarga (7.23), amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75). Manakala ini pula perincian tahap kebahagiaan mengikut pencapaian pendidikan, taraf perkahwinan dan jantina di Malaysia.