Artikel

Inflasi Negara Kini Meningkat 3.4% – DOSM

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi pengukur aras utama kadar inflasi negara kini terus memaparkan peningkatan, apabila mencatatkan kenaikan 3.4% pada Jun 2022.

Angka itu secara langsung memperlihatkan kenaikan inflasi telah melepasi purata inflasi negara bagi tempoh 2011 sehingga Jun 2022.

Berdasarkan tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kenaikan inflasi makanan kepada 6.1% dalam kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol ini terus menjadi menyumbang utama kepada kenaikan inflasi bulan tersebut.

Manakala mengikut aliran inflasi negeri pula, memperlihatkan 4 buah negeri alami peningkatan inflasi secara ketara. Di mana WP Putrajaya (8.1%), diikuti Selangor (4.3%), Johor (3.7%) dan Pulau Pinang (3.4%).