Artikel

Lebih 72% Pelajar – Memilih Untuk Tidak Sambung Pengajian Lepas SPM

Semua pihak sedari, dalam beberapa tahun ini terdapat pelbagai konflik melanda dunia termasuklah ke atas pasaran Malaysia. Susulan kesan itu, ia telah membawa kepada impak yang besar dalam pendidikan negara.

Apabila 72.1% pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didapati memilih untuk tidak menyambung pelajaran mereka ke tahap pengajian yang lebih tinggi.

Menurut laporan Pembangunan Produktiviti dan Daya Saing (MPC) sebuah tinjauan dilaksanakan bagi mengukur prestasi pendidikan rakyat Malaysia mendapati hanya 22.1% sahaja pelajar SPM melanjutkan pengajian mereka di peringkat lebih tinggi. Tinjauan bersama kumpulan belia 15 thaun hingga 64 tahun itu, jelas menunjukkan terdapat kesannya pada produktiviti dan penyerapan tenaga buruh pada ekonomi tempatan kelak.

Ini kerana ketiadaan kemahiran tinggi serta pengetahuan tertentu akan mendorong kepada kekurangan pakar dalam negara dan perkara itu akan menyukarkan pasaran buruh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu – bersama kadar gaji yang lebih tinggi.

Situasi ini dilihat akan menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing buruh negara bakal merundum. Sekaligus memberi kesan pada kualiti hidup masyarakat.